• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Tropicana: SPRM Serbu Premis Bank, Pengurup Wang Sekongkol Sindiket Penipuan

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ops Tropicana: SPRM Serbu Premis Bank, Pengurup Wang Sekongkol Sindiket Penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa premis bank tempatan, pendaftar syarikat dan pengurup wang sekitar ibu kota, yang disyaki menyediakan kemudahan kepada aktiviti sindiket penipuan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Serbuan dilakukan pasukan khas Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Sumber SPRM memaklumkan serbuan terhadap tempat kumpulan profesional ini adalah lanjutan Operasi Tropicana (Op Tropicana) yang dilakukan sebelum ini.

“Serbuan pada hari ini membabitkan beberapa bank tempatan, pendaftar syarikat di sekitar Kuala Lumpur, di mana mereka menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan antarabangsa dalam pembukaan syarikat dan akaun-akaun bank di Malaysia.

“Kemudahan yang diberikan ini menyebabkan sindiket penipuan antarabangsa memilih Malaysia menjadi salah satu negara bagi aktiviti penipuan ini,” kata sumber.

Sumber berkata, serbuan pada hari ini turut dilakukan terhadap beberapa premis pengurup wang yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket penipuan.

Dalam pada itu, sumber itu turut memaklumkan SPRM menahan seorang lelaki warga Britain yang dikenal pasti sebagai salah seorang ahli sindiket yang dikehendaki berhubung kes penipuan pelaburan.

“Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) oleh pasukan khas pada 28 Februari lalu, sejurus dia tiba dari Kemboja untuk ke United Kindom (UK).

“Individu ini yang mencipta laman sesawang palsu untuk diberikan kepada mangsa penipuan bagi meyakinkan mangsa untuk melabur di pelaburan yang tidak wujud,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Zamri yang dihubungi, hari ini mengesahkan serbuan berkenaan namun tidak mengulas lanjut.

Terdahulu, SPRM menumpaskan sindiket pelaburan antarabangsa didalangi warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di 24 premis berasingan menerusi Op Tropicana yang dilaksana bermula 21 Februari lalu.

Operasi dijalankan serentak termasuk di tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman ahli sindiket di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa kehadiran pihak polis.

Difahamkan, sindiket dipercayai beroperasi sejak 2019 dan mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan UK, malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata modus operandi sindiket adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial dan ahli sindiket terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Katanya, sindiket ini sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion.

Seramai 11 suspek disyaki terbabit dalam kegiatan itu ditahan, manakala 70 individu lagi ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi itu.

Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan, dianggarkan berjumlah RM11 juta.

Op Tropicana dijayakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

-Berita Harian

Tags: Ops TropicanaPengurup WangPremis BankSindiket PenipuanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd