• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Tropicana: SPRM, BNM Kolaborasi Dengan FBI, NCA Jejak Aset Sindiket

oleh AK-47
18/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Op Tropicana: SPRM, BNM Kolaborasi Dengan FBI, NCA Jejak Aset Sindiket
Share on FacebookShare on Twitter
Putrajaya : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjejaki aset dan wang, dipercayai berjumlah jutaan ringgit hasil kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang dilumpuhkan menerusi Op Tropicana pada Februari lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menerusi kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan usaha menjejak aset dan wang haram itu, dijalankan dengan kolaborasi Bank Negara Malaysia dan badan penguat kuasa antarabangsa termasuk Interpol, National Crime Agency (NCA-United Kingdom) dan Federal Bureau of Investigation (FBI).
SPRM berkata, usaha itu, merupakan tindakan susulan setelah empat dalang utama sindiket yang terdiri daripada warga asing, didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Khamis (16 Mac) dan di Mahkamah Butterworth semalam (17 Mac), iaitu dalam tempoh tiga minggu selepas operasi berkenaan dilancarkan.
Keempat-empat warga United Kingdom telah dijatuhi hukuman penjara dan didenda selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, lima warga British dan dua rakyat Filipina merupakan antara 10 individu yang ditahan SPRM, dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 21 Feb lepas, berkaitan sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang turut melibatkan aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.
Mereka ditahan dalam operasi dinamakan Op Tropicana diketuai Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM yang menyerbu 24 lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, termasuk tiga pusat panggilan sindiket iaitu dua yang terletak di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.
Berhubung dakwaan bahawa lima bank utama dipantau SPRM berkaitan penglibatan dalam sindiket penipuan tersebut, SPRM memaklumkan siasatan berkenaan lebih tertumpu kepada individu-individu terlibat dan bukan melibatkan institusi kewangan tersebut secara khusus.
“Mereka ini merupakan segelintir golongan profesional termasuk pegawai-pegawai bank, akauntan dan setiausaha syarikat, yang bertindak membolehkan urusan sindiket haram tersebut beroperasi,” katanya.
Sehubungan itu, SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan BNM dan agensi penguat kuasa lain untuk memerangi sindiket penipuan antarabangsa.
-Harian Metro
Tags: Aset SindiketBNMFBINCAOp TropicanaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd