• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN: Sistem E-invois Mula Tahun Depan

oleh AK-47
27/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDN: Sistem E-invois Mula Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memperkenalkan sistem e-invois bermula tahun depan bagi memudahkan pembayar cukai menyimpan resit perbelanjaan mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, LHDN sentiasa mencari penyelesaian untuk memudahkan pembayar cukai.

Katanya, insiatif itu dirangka selepas LHDN mengambil kira kesukaran pembayar cukai menyimpan rekod kewangan masing-masing bagi tempoh tujuh tahun.

“Melalui inisiatif e-invois pembayar cukai sudah tidak perlu risau untuk mengemukakan resit ketika pelepasan cukai dibuat.

“Insiatif e-invois boleh mengubah perkara ini (dokumen berkaitan pelepasan cukai hilang atau sudah lusuh akibat gagal disimpan dengan rapi).

“Pada dasarnya jika sudah dilaksanakan sepenuhnya, e-invois ini akan dapat membantu dari segi mengurangkan bebanan rekod simpanan dokumen pembayar cukai.

“Ini kerana, kebanyakan maklumat (berkaitan rekod kewangan pembayar cukai) sudah berada pada LHDN.

“Kami berharap sistem e-invois itu nanti akan mendapat sokongan apabila dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan,” katanya kepada media sempena sesi lawatan rasmi ke Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas di sini, hari ini.

Lawatan rasmi itu bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara LHDN dan MPB.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali; dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sebelum ini, kerajaan dilapor bercadang memperkenal e-invois yang akan menyokong penggunaan nombor pengenalan cukai (TIN) untuk diwajibkan bagi semua dokumen dan instrumen membabitkan rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Inisiatif itu dilapor bakal memperluaskan kutipan cukai pendapatan selain memperukuh perolehan hasil kepada negara.

Dalam pada itu, Mohd Nizom turut mengulas mengenai pembayar cukai yang mencarum dalam Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 mulai Tahun Taksiran 2023.

Beliau berkata, sebelum ini memang kerajaan memberikan potongan cukai kepada mereka yang menyimpan ke dalam SSPN sebagai satu galakan kepada ibu bapa untuk mencarum dalam pendidikan anak-anak.

“Tetapi kemudahan ini sudah disambung beberapa kali dan kali terakhir pada 2021 dan 2022, oleh itu pada 2023 kerajaan memang sudah memberhentikannya, jadi jika menyimpan tahun ini tiada tuntutan potongan cukai pada tahun hadapan.

“Itu keputusan yang dibuat oleh kerajaan atas dasar dan keadaan yang bersesuaian, namun ia bergantung kepada rakyat (pembayar cukai sendiri) untuk melihat semula.

“Daripada LHDN apa yang diputuskan di peringkat polisi akan dilaksanakan, tapi kami juga menyampaikan sebenarnya apa yang kami dapat dengar permohonan daripada rakyat kepada pihak kerajaan.

“Ini kerana peranan LHDN juga untuk menyampaikan kepada kerajaan bagi memastikan polisi itu nanti selari dengan nadi rakyat itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, LHDN akan meneliti ruang di mana dapat memanfaatkan saluran media di MPB untuk meningkatkan kesedaran membayar cukai.

-Harian Metro

Tags: LHDNSistem E-invois
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Next Post

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post
Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd