Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tony Pua Sedia Tarik...

ADAKAH ini lawak jenaka atau kebetulan merajuk atau memang penakut berdepan dengan bekas...

PM New Zealand Selamat...

AUCKLAND - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern selamat melahirkan bayi perempuan di...

Polis Tunggu Arahan Peguam...

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama...

Harga Makanan Di Sepanyol...

MADRID, Sepanyol – Harga makanan di Sepanyol naik sehingga 30.8 peratus Julai lalu...

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, berkata jawatankuasa itu akan mencadangkan program bersesuaian dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, di Dewan Negara, hari ini bagi mengulas cadangan Aknan Ehtook supaya pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin juga melalui kursus praperkahwinan bagi membekalkan ilmu kekeluargaan kepada mereka.

Sementara itu, mengulas kekurangan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat penempatan sementara (PPS) ketika banjir, Aiman Athirah berkata, jabatan itu sudah mengambil langkah bagi mengatasi isu berkenaan menerusi pemerkasaan komuniti.


“JKM mengambil inisiatif memperkasakan komuniti dengan melantik ketua komuniti, ketua agensi tempatan, pengetua, guru besar dan lain-lain sukarelawan komuniti sebagai penyelia dan ahli jawatankuasa serta petugas di PPS yang diaktifkan ketika berlaku banjir besar.

“Melalui pendekatan pemerkasaan dan daya tahan masyarakat ketika bencana, ia akan membolehkan ketua komuniti membuka dan mengoperasikan PPS dengan pemantauan minimum daripada kakitangan JKM,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori