• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

oleh Mohd Arshad
27/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kerana gagal serta cuai dalam memastikan keselamatan mereka sebagai penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) hingga menyebabkan kecederaan, dua tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Individu terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47; Marvena Jitol, 28; Riezariel Haeqal, 23; Rozita Che Rus, 28; Ng Siow Nee, 36; Siti Nuraliah Hashim, 26; Nurul Athirah Mohd K Jabayee, 36 dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35.

Mengikut pernyataan tuntutan difailkan mangsa berkenaan selaku plaintif menerusi Tetuan Vin Partnership yang menamakan dua pihak terbabit sebagai defendan di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac lalu, mereka mengesahkan cedera ketika dua tren berlanggar antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, 24 Mei 2021.

Plaintif berkata, dua defendan berkenaan gagal memastikan LRT yang digunakan mangsa beroperasi selamat bergerak ke hadapan dan tiada sebarang halangan oleh tren lain.

Kegagalan Rapid Rail dan Prasarana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada pelanggaran tren terbabit.

“Punca lain kejadian ialah tiada tindakan sewajarnya dan gagal menggunakan kemahiran teknikal dalam pengendalian dan pengawalan perkhidmatan LRT, selain tiada perhatian kepada keselamatan plaintif dan penumpang lain.

“Gagal mengambil sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan serta gagal untuk membrek, memberhentikan, memperlahankan dan mengawal LRT supaya kemalangan dapat dielakkan.

“Defendan gagal untuk mengambil kira kesusahan dan kecederaan yang dihadapi oleh penumpang yang cedera dalam kemalangan atau diperkecilkan keadaan sebenar hingga menyebabkan kesusahan, kemarahan dan penghinaan kepada plaintif.

“Selepas kemalangan itu, Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana (ketika itu), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, membuat jenaka pada sidang media dengan berkata kedua-dua kereta api itu ‘bercium’ antara satu sama lain. Tajuddin juga dilihat ketawa menurut video yang diterbitkan saluran televisyen,” katanya.

Dalam kemalangan pada jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung.

Plaintif terbabit menuntut ganti rugi am dan faedah di atasnya pada kadar lima peratus setahun dari tarikh pemfailan writ sehingga ke tarikh penghakiman, serta ganti rugi khas dan faedah di atasnya pada kadar sama dari tarikh kemalangan hingga ke tarikh penghakiman.

“Turut dituntut ganti rugi teladan dan faedah di atasnya dalam kadar sama dari tarikh mengikut ganti rugi khas.

“Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh.

“Kos dan apa-apa relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah,” katanya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohamad Hafizul Awang, pada 11 April depan.

-Berita Harian

Tags: LRT BertembungPrasaranaRapid Rail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dipanjangkan pada waktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd