• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lans Koperal Polis Retak Kepala Ditetak Pisau Pemotong Daging

oleh Mohd Arshad
01/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lans Koperal Polis Retak Kepala Ditetak Pisau Pemotong Daging
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal retak tempurung kepala dan luka pada dahi akibat ditetak seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong daging lewat malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian itu berlaku pukul 12.15 malam ketika mangsa berusia 29 tahun bersama seorang lagi anggota Balai Polis Bandar Baru, Ayer Itam di sini sedang melakukan ronda cegah jenayah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, terdahulu, anggota berkenaan bertindak mengekori suspek yang sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sejauh kira-kira 150 meter.

Menurutnya, ketika ditahan untuk pemeriksaan, berlaku pergelutan antara anggota polis dengan suspek warga tempatan berusia 33 tahun itu berhampiran perumahan teres di situ.

“Suspek membuat provokasi ke atas anggota polis apabila secara tiba-tiba menyerang dan menetak salah seorang anggota dengan sebilah pisau pemotong daging.

“Pisau tersebut bukan milik suspek sebaliknya dia mengambil senjata tajam itu dari atas meja di salah sebuah rumah teres di situ. Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini.

Menurut beliau, polis berjaya menahan suspek di sebuah kawasan perumahan flat kira-kira pukul 3.40 pagi dan merampas pisau yang digunakannya dalam kejadian tersebut.

Turut dirampas, katanya, termasuk 30 peket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 210 gram.

“Anggota polis berkenaan bukan sahaja mengalami kecederaan luka akibat torehan pada dahi dan tetak pada kepala tetapi juga keretakan pada tengkorak. Bagaimanapun, keadaan mangsa kini stabil.

“Polis akan mendapatkan tempoh tahanan reman ke atas suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Lans Koperal PolisRetak Kepalatetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahida Umum Bertanding Jawatan Ahli MKT UMNO

Next Post

Banjir: 89 Calon SPM Terkandas

Related Posts

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

12/06/2024
1

Alor Gajah : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini, hari ini, atas pertuduhan menetak abang kandungnya...

Suami Ugut Nak Tetak, Bunuh Isteri Kerana Kacau Tidur Kena Denda

Suami Ugut Nak Tetak, Bunuh Isteri Kerana Kacau Tidur Kena Denda

10/06/2024
0

Batu Pahat : Penyelia kilang didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut...

Next Post
Banjir: 89 Calon SPM Terkandas

Banjir: 89 Calon SPM Terkandas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd