Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

El Nino: MARDI Tangguh...

KEPALA BATAS - Jadual penanaman padi di kawasan Seberang Perai Utara untuk tahun...

VIDEO: Serangan Kutu Kepala...

Serangan kutu kepala bukanlah satu perkara pelik terutama dalam kalangan kanak-kanak.Biasanya kutu diperoleh...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah dekat sini meningkat kepada 210...

Negeri Sembilan Uji Pemain...

PETALING JAYA – Wakil tunggal pasukan Liga Super yang bakal beraksi pada Piala...

Kertas Putih Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Sesi Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan Kertas Putih mengenai isu kedaulatan Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sedang mempersiapkan Kertas Putih itu ketika ini.

“Pada 8 Februari lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Kertas Putih mengenai isu Kedaulatan Batu Puteh dibentangkan di Mesyuarat Parlimen.

“Ini mengambil kira isu kedaulatan negara adalah amat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan atas kehilangan kedaulatan wilayah negara.

“Susulan itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk penyediaan Kertas Putih itu untuk dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada sesi kali ini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang bertanyakan perkembangan terkini Jawatan Kuasa Pasukan Petugas Khas (PPK) berhubung isu perundangan Batu Puteh.

Pada 8 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kabinet bersetuju menyerahkan kepada Parlimen untuk menentukan tindakan lanjut dalam isu kedaulatan Batu Puteh, dengan membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat.


Pada 27 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyifatkan tindakan menarik balik dua permohonan semakan terhadap keputusan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tidak teratur dan tidak wajar.

Pada 3 Februari 2017, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 yang memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh, manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Bagaimanapun pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan tersebut sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018 di ICJ.

Mengulas lanjut, Azalina memaklumkan Laporan PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember tahun lalu, susulan pembentukan kerajaan baharu.

Susulan itu, katanya, Memorandum Jemaah Menteri telah dibentangkan ke Jemaah Menteri berhubung syor dan hala tuju kerajaan berhubung perkara ini pada 11 Januari lalu.

“Disamping itu, sesi menghadap Tuanku Sultan Johor berkaitan Laporan Akhir PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan telah diadakan oleh Kerajaan Persekutuan pada 26 Januari,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori