• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz

oleh AK-47
11/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berucap pada majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu, beliau berkata, dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.

“Pada masa ini terdapat 175,000 pelajar tahfiz daripada 1,199 maahad tahfiz berdaftar sementara 125,000 pelajar tahfiz lagi di maahad tahfiz yang tidak berdaftar.

“Maahad tahfiz tidak berdaftar ini, yayasan (Pinta) akan bantu. Maahad tahfiz yang tidak berdaftar tidak dapat bantuan kerajaan kerana tidak penuhi syarat,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Yayasan Pinta dan Koperasi Pinta adalah dua institusi yang dilancarkan secara rasmi hari ini di bawah Pinta, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan huffaz dan maahad tahfiz di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dilancarkan pada Sabtu.

“Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan DPTN 2016-2020. Proses pembangunan pelan ini diurussetiakan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), agensi kerajaan dan persatuan-persatuan tahfiz,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya telah mengambil tiga maahad tahfiz angkat untuk dijadikan sebagai maahad tahfiz TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 10 menjelang akhir tahun ini.

“Ia bertujuan melatih huffaz untuk memiliki kemahiran elektrikal, membaiki motor, membaiki pendingin hawa bagi mendapatkan sijil, diploma dan ijazah,” katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Projek Khas Huffaz Profesional yang dipengerusikan beliau sendiri melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membangunkan tujuh modul yang signifikan bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, peranan dan kedudukan al-Quran memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia MADANI.

Dimensi rohaniah dalam gagasan MADANI memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan aspek nilai, akhlak, adab dan tatasusila budaya yang luhur dalam segenap aspek kehidupan masyarakat, katanya.

-Sinar Harian

Tags: DanaKerajaanMaahad TahfizPINTA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd