• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

oleh Mohd Arshad
09/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih murah termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika ini menyediakan program MHexplorer yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus daripada harga tambang penerbangan.

Beliau berkata, pelajar yang terlibat antara lain layak menikmati manfaat seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg) dan potongan harga kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar.

“Memang kita tahu banyak syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi dan selepas ini saya juga akan berjumpa dengan pihak MyAirline.

“Sementara itu, untuk inisiatif penerbangan-penerbangan lain, kita (kerajaan) cuba bincang dengan syarikat penerbangan yang lain,” katanya pada pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanya jika kementerian akan memperkenal pakej penerbangan pada harga berpatutan kepada pelajar Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tambang penerbangan semasa cuti semester.

Beliau juga meminta penjelasan sama ada kementerian akan mempertimbang membuka laluan baharu dari Pulau Pinang atau Johor ke Sandakan bagi mengurangkan kos transit yang didakwa mencecah RM1,400 sehala.

Kata Anthony, cadangan pembukaan laluan baharu akan dikemuka kepada syarikat penerbangan yang belum menawarkan laluan tersebut terutamanya antara Pulang Pinang ke Sabah dan Sarawak.

“Mungkin Kota Kinabalu ada, tetapi Sandakan kurang. Saya tahu laluan Kuala Lumpur-Sandakan itu dari segi perkhidmatan agak kurang. Kerajaan cuba tambah kapasiti untuk syarikat penerbangan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang dalam proses menambah baik Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dan proses itu dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua tahun ini.

“Syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan atas faktor di bawah kawalan syarikat penerbangan seperti teknikal atau kapasiti penumpang yang tidak menyebabkan penerbangan tersebut dilewatkan atau dibatalkan tertakluk untuk menawarkan pembayaran ganti dalam masa 30 hari atau perubahan laluan seperti mana yang diperuntukan di dalam MACPC.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Kod Perlindungan Pengguna, Mavcom kini dalam proses penambahbaikan MACPC.

“Berdasarkan maklum balas pengguna dan juga pengajaran-pengajaran penting yang berlaku semasa pendemik Covid-19, penambahbaikan termasuk peningkatan perlindungan pengguna dalam kes-kes yang tidak pernah berlaku dalam pandemik ini,” katanya.

Anthony berkata, Mavcom telah mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan dalam mematuhi pelbagai kesalahan di bawah MACPC, sejak 2018 hingga Januari 2023.

-Utusan Online

Tags: Kerajaanpelajarsyarikat penerbanganTiket Murah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beg Berat: KPM Akan Tukar Buku Teks Kepada Digital

Next Post

Buruh Kontrak Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Lans Koperal

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post
Buruh Kontrak Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Lans Koperal

Buruh Kontrak Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Lans Koperal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd