• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Diarah Siasat Himpunan LGBT

oleh Mohd Arshad
14/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawi Diarah Siasat Himpunan LGBT
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan ke atas perhimpunan dan perarakan hadapan di Kompleks Sogo serta Dataran Merdeka, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“JPM Hal Ehwal Agama sudah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini.

“Justeru, semua pihak adalah dinasihatkan supaya akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata polis akan memanggil pihak yang menyertai perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada 12 Mac lalu bagi membantu siasatan kerana tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Katanya. polis mengesan perhimpunan terbabit pada jam 10 pagi dan berdasarkan pemerhatian kira-kira 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan terbabit.

Menurutnya, mereka memegang plakad di antaranya “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

-Harian Metro

Tags: himpunan lgbtJAWIsiasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

02/01/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd