• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 30 Peratus Ibu Bapa Belum Tuntut MyKid

oleh AK-47
11/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hampir 30 Peratus Ibu Bapa Belum Tuntut MyKid
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Hampir 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) belum dituntut oleh ibu bapa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam masa sama, beliau turut mengakui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdepan kekurangan stok kad pengenalan sehingga menjejaskan pengeluaran MyKid.

“Benar, ada dua perkara berlaku. Pertama dari segi bekalan kad (pengenalan) dan di sisi lain pula adalah hampir 30 peratus MyKid sudah siap, ibu bapa tidak tuntut.

“Ikutkan ia (30 peratus) tetap angka yang tinggi dan satu kerugian. Jadi sebalik keghairahan ibu bapa untuk menyuarakan bahawa mereka sekarang lambat mendapatkannya, saya akui benar…kelewatan berlaku.

“Ini kerana ada masalah dari segi pembekal. Kena ingat bahawa saya mewarisi sistem lama yang mana satu proses tender terbuka dibuat… yang telah menandatangani satu syarikat. Saya pun tak ingat namanya.

“Kemudian ada masalah dari segi membekalkan mengikut jadual ditetapkan walaupun JPN mengekalkan dari segi tenaga kerja yang sama, proses yang sama. Tetapi bila berlaku ketidakcukupan dalam tempoh tertentu, itu memanjangkan tempoh untuk JPN memproses,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini.

Sebagai nasihat kepada ibu bapa yang belum menuntut MyKid, Saifuddin menyarankan agar mereka segera berbuat demikian bagi mengelakkan kad pengenalan terbabit dilupuskan.

“Saya menasihati ibu bapa yang telah siap (MyKid) dan memohon supaya bersegera untuk mendapatkannya, sebab ia ada tempoh (lupus). Kalau tempoh itu lepas, MyKid itu terpaksa dilupuskan. Itu suatu kerugian,” katanya.

Bagi isu ketidakcukupan stok kad pengenalan, beliau mengarahkan supaya langkah segera dapat diambil termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit.

Katanya, perbincangan berkait supaya syarikat berkenaan mematuhi semua prasyarat ataupun perkara yang sudah pun ditentukan ketika proses perolehan tempoh hari.

-Harian Metro

Tags: ibu bapaMykid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Tak Cacat, Ikut Undang-undang

Tuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Tak Cacat, Ikut Undang-undang

03/02/2025
0

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin tidak cacat...

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

14/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa dan doktor berhubung isu mayat bayi lelaki 'disimpan' dalam peti sejuk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd