• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Permulaan Rendah Antara Faktor Simpanan Rendah – KWSP

oleh AK-47
09/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gaji Permulaan Rendah Antara Faktor Simpanan Rendah – KWSP
Share on FacebookShare on Twitter

Gaji permulaan rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013, merupakan antara beberapa faktor menyumbang kepada jumlah simpanan rendah bagi, kumpulan berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai baki kurang RM10,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain itu faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara itu ialah cabaran struktur gaji, dengan 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang dari RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang dari RM5,000.

“Caruman yang tidak konsisten disebabkan oleh ahli yang beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini, telah membuat caruman pada 2022 manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.

“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta yang berada di bawah kontrak pekerjaan formal, diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu KWSP memaklumkan, sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli daripada kumpulan umur berkenaan, telah memohon lebih daripada satu kali pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.

Sehingga akhir Disember 2022, terdapat seramai 4.81 juta ahli KWSP dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta daripadanya merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebagai tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas).

KWSP dalam pada itu menyambut baik inisiatif sumbangan one-off sebanyak RM500 oleh kerajaan kepada ahli aktif dan juga tidak aktif, sebagai langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli.

“Insentif berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembinaan semula simpanan ahli, untuk mencapai persaraan yang lebih selesa dan seterusnya membantu mengurangkan kesan berikutan perkembangan pesat populasi menua Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb berkata kerajaan bersetuju untuk menambah RM500 caruman simpanan KWSP akaun 1 bagi ahli berumur 40 hingga 54 tahun, yang miliki simpanan kurang RM10,000.

-Malaysia Kini

Tags: Gaji PermulaanKWSPSimpanan Rendah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd