• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan Buat Laporan Polis

oleh AK-47
23/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan Buat Laporan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tegas kementerian itu, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut.

“Seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Selasa lalu, Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.

“Kementerian Kewangan sama ada melalui Lim Guan Eng atau pegawai-pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada yayasan itu,” kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Khamis.

Isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah diluluskan selepas gabungan kerajaan PH ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan kenyataan berhubung tuduhan salah guna kuasa kerana memberikan semula pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan itu oleh kerajaan BN.

Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan tuduhan tersebut sebelum membuat laporan polis pada Khamis.

-Sinar Harian

Tags: kementerian kewanganlaporan polisLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd