• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Rugi RM183,000 Angkara Love Scam

oleh Mohd Arshad
28/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Duda Rugi RM183,000 Angkara Love Scam
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Seorang jurukimpal di daerah ini kerugian RM183,600 akibat terpedaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita tempatan melalui Facebook.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata disebabkan sayang dan merancang untuk berkahwin, lelaki berusia 55 tahun itu sanggup membuat pinjaman peribadi.

Katanya, selain itu, mangsa turut mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Berdasarkan laporan, mangsa berstatus duda yang kematian isteri berkenalan dengan seorang wanita melalui Facebook pada Januari lalu.

“Mangsa berkenalan dengan lebih rapat dan berbincang untuk berkahwin. Pada awal Februari lalu, mangsa membuat pindahan wang secara dalam talian ke akaun suspek berjumlah RM25,600.

“Ia bertujuan wang itu digunakan untuk pembayaran kos kiriman wang AS$600,000 (RM2,642,187) untuk perbelanjaan perkahwinan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, selepas itu, mangsa membuat 10 kali transaksi pembayaran kepada dua akaun bank yang berbeza sebagai penambahan perbelanjaan perkahwinan.

Katanya, mangsa kemudiannya terus didesak untuk memasukkan RM30,000 untuk tujuan bayaran kepada Bank Negara bagi menyelesaikan masalah kiriman wang terbabit.

“Tetapi mangsa enggan berbuat demikian dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Dudalove scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Maut Makan Ikan Buntal, Suami Masuk ICU

Next Post

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

Related Posts

Duda Dipenjara Seumur Hidup, 12 Sebatan Edar Lebih 1kg Dadah

Duda Dipenjara Seumur Hidup, 12 Sebatan Edar Lebih 1kg Dadah

30/12/2024
0

MUAR: Nelayan dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah...

Duda Rogol Anak Rakan Dijel 10 Tahun, 6 Sebatan

Duda Rogol Anak Rakan Dijel 10 Tahun, 6 Sebatan

02/07/2024
0

MUAR: Seorang duda dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol anak rakannya...

Next Post
Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman - Wisma Putra

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd