Sample Page Title

Ampang Jaya : Hanya kerana menolak permintaan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu menemani ke kedai seorang wanita cedera dipukul lelaki itu di kediaman mereka di Taman Cahaya, di sini, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang juga pekerja khidmat pelanggan berada di rumah, sebelum abangnya mengajak menemaninya ke kedai untuk membeli barang namun dia menolak ajakan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tiba-tiba suspek datang ke arah mangsa yang sedang berbaring dan terus memijak peha kanan, bahu kanan dan menumbuk di kepala berkali-kali tanpa henti.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.

“Susulan itu, suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja ditahan di kediaman terbabit pada 10.30 malam hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya dalam kenyataan malam ini.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • OKU

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...