• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Kereta ‘Showroom’ Di Sabah, Pecah Rumah Di Semenanjung

oleh AK-47
18/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Curi Kereta ‘Showroom’ Di Sabah, Pecah Rumah Di Semenanjung
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Dua lelaki yang dikehendaki polis selepas mencuri pacuan empat roda di sebuah bilik pameran (showroom) kenderaan di Jalan Lintas, Kepayan, di sini, awal bulan ini, didapati turut melakukan jenayah pecah masuk rumah di Semenanjung.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, dua penjenayah yang dikehendaki (wanted person) itu ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) sebaik tiba di pintu ketibaan selepas mengikuti penerbangan dari Semenanjung, 8 malam, Rabu lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan jenayah mereka yang masih diburu dilaporkan memecah masuk bilik pameran kenderaan di Jalan Lintas, Kepayan, 8 Mac lalu dan melarikan dua pacuan empat roda Nissan Navara.

“Mereka melarikan dua kenderaan yang diletakkan di luar kedai tidak berpagar. Kenderaan yang dicuri dijual bagi mendapatkan wang.

“Kedua-dua suspek berusia 36 dan 39 tahun itu berjaya ditahan hasil siasatan dan risikan berterusan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, ketika tangkapan dibuat di pintu ketibaan KKIA, polis turut merampas hasil kegiatan jenayah pecah rumah yang dilakukan mereka di Semenanjung, antaranya 11 telefon bimbit, 10 utas jam tangan, sebuah komputer riba, wang tunai dan lain-lain barang.

Beliau berkata, penangkapan suspek itu membolehkan polis menyelesaikan kes pecah masuk bilik pameran kenderaan dengan penemuan semula dua pacuan empat roda yang dilarikan suspek dengan anggaran kerugian RM350,000.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang membeli kenderaan curi itu dengan harga RM10,000.

“Hasil siasatan, suspek turut mengaku terbabit dalam kes pecah rumah di Sabah yang membabitkan satu kes di daerah ini, Keningau (2 kes) dan Semenanjung membabitkan tiga kes di Selangor dan Perak,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek masing-masing memiliki 18 dan 19 rekod jenayah lampau serta tersenarai dalam senarai Orang Dikehendaki.

“Hasil ujian saringan, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Polis kini memburu seorang lagi rakan jenayah suspek yang berasal dari Kampung Darau, Manggatal,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: Kereta 'Showroom'pecah rumahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

Next Post

Penyu Lipas Kembali Ke Pantai P. Pinang

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Penyu Lipas Kembali Ke Pantai P. Pinang

Penyu Lipas Kembali Ke Pantai P. Pinang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd