• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

oleh AK-47
28/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kedutaan Besar Arab Saudi mengesahkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi minggu lalu turut melibatkan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri negara itu, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mohammed Salman Al Saud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, perkara itu terkandung dalam nota diplomatik daripada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bertarikh 21 Mac yang mengesahkan tarikh lawatan rasmi Anwar ke Arab Saudi dari 22 hingga 25 Mac lalu.

Katanya, nota diplomatik yang serupa turut diterima pada tarikh yang sama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut merujuk kepada lawatan rasmi Perdana Menteri pada 22 hingga 25 Mac 2023 termasuk program kunjungan hormat dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mohammed Salman Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut jelas menyatakan Kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan lawatan tersebut termasuk pelaksanaan ibadah umrah di Makkah dan ziarah di Madinah,” katanya.

Sebelum ini lawatan Anwar ke Arab Saudi didakwa sebagai satu kegagalan oleh segelintir pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) kerana beliau gagal bertemu Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lawatan itu langsung tidak melibatkan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed sedangkan dalam kenyataan media daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan jemputan itu adalah undangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Isnin berkata, Anwar tidak sepatutnya melawat Arab Saudi jika pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed tidak ditetapkan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut turut menyifatkan perjalanan berkenaan sebagai ‘kesilapan diplomatik yang besar’.

Mengulas lanjut, KLN menegaskan, nota diplomatik merupakan antara saluran komunikasi paling rasmi antara kerajaan dengan kerajaan.

Namun KLN memberitahu, ketika berada di negara itu, delegasi Malaysia telah menerima makluman supaya tempoh lawatan dipanjangkan daripada tempoh asal bagi mengaturkan sesi-sesi kunjungan hormat dan pertemuan dengan kepimpinantertinggi Kerajaan Arab Saudi.

“Bagaimanapun, delegasi Malaysia telah menjelaskan secara baik bahawa permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi disebabkan komitmen-komitmen Perdana Menteri yang telah ditetapkan awal sebelum lawatan.

“Ini termasuk Majlis Iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara pada 25 Mac 2023 dan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kemboja pada 27 Mac 2023,” tambahnya.

Menurut KLN, Wisma Putra telah mengatur urus persiapan awal dan perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi secara profesional dan berdasarkan prosedur operasi tetap (SOP) bagi lawatan-lawatan rasmi pemimpin ke luar negara.

“Ia sepertimana yang dilaksanakan bagi lawatan yang telah diadakan sebelum ini dan juga lawatan terkini iaitu lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kemboja pada 27 Mac 2023 yang telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

“Berdasarkan perjalanan dan hasil lawatan ke Arab Saudi, ia menggambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Malaysia sentiasa menganggap Kerajaan Arab Saudi sebagai rakan strategik.

“Dalam konteks ini, KLN menegaskan bahawa polemik serta tanggapan tidak berasas oleh sesetengah pihak di Malaysia atas kepentingan politik sempit tidak akan membantu dalam usaha KLN memartabatkan diplomasi Malaysia ke arah pengukuhan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara sahabat di seluruh dunia baik di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimArab SaudiRaja SalmanWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Duda Rugi RM183,000 Angkara Love Scam

Next Post

Ribut Ranapkan Khemah Peniaga Karnival Raya

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Next Post
Ribut Ranapkan Khemah Peniaga Karnival Raya

Ribut Ranapkan Khemah Peniaga Karnival Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd