• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Bulan Pastikan Ketirisan Subsidi Bahan Api Dikekang

oleh Mohd Arshad
01/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
6 Bulan Pastikan Ketirisan Subsidi Bahan Api Dikekang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memberi tempoh enam bulan bagi melihat keberhasilan Ops TIRIS yang ditubuhkan bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pihaknya yakin operasi bersepadu menggabungkan lima kementerian dan lapan agensi kerajaan itu mampu menangani ketirisan bahan api berkenaan yang mengakibatkan negara kerugian sebanyak RM10 bilion tahun lalu bagi diesel sahaja.

“Tempoh enam bulan itu agak munasabah. Sebab dahulu pengalaman saya dalam Operasi Naga (Ops Naga), kita beri tempoh enam bulan untuk pastikan perairan negara tidak diceroboh nelayan asing.

“Operasi secara bersepadu ini perlu kerana kita tidak memiliki kekuatan dari segi aset, keselamatan dan keanggotaan untuk menangani isu ketirisan diesel ini.

“Untuk tahap satu ini, kita beri tempoh enam bulan. Kita lihat bagaimana aset dapat digerakkan untuk mengawal ketirisan (diesel),” katanya kepada pemberita pada Program Advokasi Kepenggunaan Dan Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah (Back To School) Peringkat Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Menerusi program berkenaan, seramai 200 murid daerah ini dan Kuala Nerus menerima sumbangan kelengkapan persekolahan antaranya beg, pakaian dan peralatan persekolahan.

Isu ketirisan subsidi diesel pada tahun 2022 disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2023 Jumaat lalu.

Sebelum ini, Salahuddin juga menegaskan kementerian akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis jika siasatan dalaman mendapati ada isu yang lebih serius dalam ketirisan bahanapi itu.

BHonline-

Tags: DieselKPDNOps TIRISSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd