• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Keputusan Mahkamah

oleh AK-47
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Keputusan Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berulang kali menegaskan bahawa beliau dan kerajaan sama sekali tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

“Keputusan itu merupakan proses mahkamah yang perlu dihormati,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat, ketika mengulas tindakan netizen yang mempertikai keputusan terbabit selain mendakwa terdapat campur tangan kerajaan.

Mahkamah Tinggi pada Jumaat membebaskan dan melepaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-duanya di akhir kes pendakwaan.

Mengenai cadangan yang disuarakan beliau sebelum ini untuk menubuhkan jawatankuasa khas berhubung skandal 1MDB, Fahmi berkata, keperluan menubuhkan jawatankuasa itu akan diteliti sekiranya ia menjadi suatu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana yang telah diseleweng.

Fahmi berkata, walaupun penubuhan jawatankuasa terbabit masih belum dibincangkan namun proses mendapatkan semula dana 1MDB telah dilakukan pelbagai agensi sehingga membuahkan hasil, antaranya persetujuan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) untuk membayar US$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1MDB.

“Buat ketika ini, perkara itu (penubuhan) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan proses untuk mendapatkan semula dana ini sedang berjalan selain ada beberapa perkara yang dikenal pasti segera dalam usaha mengembalikan wang rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: 1MDBKerajaanmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd