• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu Pelaburan, Kripto: SPRM Beku 74 Akaun Bernilai RM11 Juta

oleh Mohd Arshad
28/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tipu Pelaburan, Kripto: SPRM Beku 74 Akaun Bernilai RM11 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Kira-kira 74 akaun milik individu dan syarikat bernilai RM 11 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dan mata wang kripto.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pembekuan akaun berkenaan hasil penahanan 11 individu yang ditahan SPRM menerusi Op Tropicana yang membongkar kegiatan penipuan pelaburan antarabangsa pada minggu lalu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, hasil risikan dan maklumat suspek yang ditahan, satu lagi serbuan dilakukan terhadap sebuah premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan pelaburan yang didalangi warga United Kingdom itu.

Kata beliau, premis itu dipercayai masih dalam proses pengubahsuaian bagi dijadikan salah satu pusat panggilan atau ‘boiler room’ untuk menipu mangsa warga Malaysia dan warga negara asing.

Selain itu, kata beliau, lokasi berkenaan turut dijadikan pusat operasi bagi mencuci wang hasil aktiviti haram menerusi urusniaga mata wang kripto.

Dalam serbuan ini, SPRM menemukan kira-kira 200 unit peralatan elektronik seperti monitor, unit pemprosesan pusat (CPU), komputer riba, mesin pengira wang tunai serta wang tunai yang masih belum ditentukan jumlahnya di dalam sebuah peti besi.

“Serbuan hari ini membabitkan seramai 14 pegawai SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya di sini hari ini.

Operasi susulan hari ini turut dijalankan bersama penglibatan beberapa petugas media dan hasil pemerhatian mendapati pejabat itu dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut.

Prremis berkenaan juga dilengkapi 12 unit CCTV bagi sebuah ruang kerja malah kesemua tingkap ditutup dengan pelekat.

Pada 21 Februari lalu, SPRM membongkar sindiket penipuan pelaburan dengan menyerbu 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang membabitkan tiga pusat panggilan iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.

Selebihnya pula adalah syarikat-syarikat serta kediaman ahli-ahli sindiket.

Pembongkaran sindiket ini adalah menerusi kaedah risikan ‘Intelligence Base Investigation’, Financial Investigation, Covert Operative, Undercover dan juga beberapa kaedah siasatan digunakan.

Risikan juga dilakukan dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar.

Ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina. Mereka dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan Britain dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan yang tidak wujud.

Utusan Malaysia difahamkan, modus operandi penjenayah ini ialah dengan mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon.

Ahli sindiket akan menghubungi mangsa setelah mereka klik pada pautan untuk mendaftar dalam syarikat pelaburan serta memasukan butiran peribadi.

Mangsa-mangsa akan diyakinkan untuk melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Penjenayah penipuan ini dipercayai memperoleh kira-kira RM150 juta (AUD50 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang.

Selain itu, siasatan SPRM tidak menolak kemungkinan sindiket telah menyogok pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi ‘boiler room’ mereka di negara ini.

UtusanOnline-

Tags: KriptopelaburanSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vietnam Lantik Presiden Baharu Minggu Ini

Next Post

Rizab Antarabangsa BNM RM503 Bilion Setakat 31 Disember

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post
Rizab Antarabangsa BNM RM503 Bilion Setakat 31 Disember

Rizab Antarabangsa BNM RM503 Bilion Setakat 31 Disember

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd