Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Rezeki Duit ‘Cacat’ Yang...

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Begitu nasib seorang lelaki...

DAP Guna Kaedah Psikologi...

KUALA LUMPUR - DAP memulakan pendekatan baharu dalam usahanya menjatuhkan UMNO dari dalam...

E-Rokok Haram: Majlis Fatwa...

LIKE FANPAGE VAPE COMMUNITY MALAYSIA DI SINIKUALA LUMPUR – Majlis Fatwa Kebangsaan telah...

Pemilihan UMNO Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Pemilihan parti UMNO pada akhir bulan ini tidak akan mewujudkan...

Tidak Perlu Farmasi Rahmah, Pergi Ke Hospital Kerajaan

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk melaksanakan ‘Farmasi Rahmah’ seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) untuk mendapatkan ubat dengan harga yang rendah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk perubatan dengan harga yang rendah itu boleh didapati di klinik dan hospital kerajaan yang sudah dilaksanakan sejak sekian lama.

“Tidak perlu samakan makanan dengan ubat-ubatan. Sehingga kini rakyat hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan dan ubat di klinik kesihatan kerajaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Kerajaan sebelum ini melancarkan inisiatif Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual hidangan pada harga RM5 untuk membantu golongan berpendapatan rendah.


Berikutan itu, Presiden MPS, Amfrahi Buang mencadangkan kepada kerajaan supaya konsep yang sama diperluaskan kepada ubat-ubatan bagi membantu rakyat memperoleh produk berkenaan pada harga lebih rendah.

Amrahi memaklumkan peningkatan harga ubat-ubatan itu tidak dapat dihalang atau ditentukan pihaknya kerana ia berdasarkan penerimaan pembekal serta farmasi komuniti terbabit.

Bagaimanapun, Amrahi menyatakan peningkatan harga ubatan itu bukanlah satu perkara baharu kerana ia berpunca daripada tukaran mata wang asing, kos pembungkusan dan logistik.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori