Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

California Hadapi Kebakaran Besar...

LOS ANGELES - Kebakaran besar di sini, yang dianggap lebih besar daripada Las...

British, Amerika Tamat Operasi...

CAMP LEATHERNECK, Afghanistan - Tentera British semalam menamatkan operasi tempurnya di Afghanistan dan...

Green Day Sokong Pergerakan...

KUMPULAN rock alternatif Green Day menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kempen protes/bangkang pemilihan...

Benjy Dibebaskan Daripada Tuduhan...

PELAKON Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dibebaskan daripada tuduhan memiliki...

SWM Enviroment-UTEM Tandatangani LOI

MELAKA – SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menandatangani surat niat (LOI) bagi memperkasakan kerjasama dalam program KITARecycle dan inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata,  antara aspek kerjasama yang akan diteroka termasuklah meningkatkan penglibatan dan kesedaran warga kampus dan masyarakat di dalam aktiviti pengasingan sisa pepejal di punca (Separation at Source – SAS) dan 3R (reduce, reuse, recycle).

Katanya, LOI ini juga merupakan kesinambungan kepada pelbagai program yang telah dijayakan bersama sebelum ini seperti Progam Kesedaran Kitar Semula Sempena Global Recycling Day, projek Smart Trash Sorting System, projek Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) dan Karnival Penghayatan Alam Sekitar.

“SWM Environment sebagai syarikat konsesi manakala UTeM sebagai institusi pendidikan berkongsi komitmen dan matlamat yang sama iaitu untuk mendidik orang awam terhadap  pengurusan sisa pepejal yang berkesan dan pemeliharaan alam sekitar mampan.

“Diharapkan melalui program yang dirancang secara bersama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, malah dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar di bawah kerangka Communication, Education and Public Awareness (CEPA),” tambah beliau.

SWM Environment akan terus memperluaskan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai menyokong usaha mewujudkan kampus hijau dan memperkasakan  kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan kitar semula dikalangan pelajar.


Keseimbangan akademik dan pembangunan mampan di pusat pengajian tinggi perlu seiring dan seterusnya menjadi nilai tambah kepada kerjasama antara universiti dan industri.

SWM Environment sentiasa bersedia memberikan kerjasama dari aspek perkongsian latihan dan tenaga serta mengalu-alukan penglibatan UTeM melalui pemindahan ilmu, kajian dan data akademik yang mampu menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Majlis menandatangani LOI ini telah diadakan pada 15 Februari lalu bertempat di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Canselor Utem,Ts. Profesor Dr. Massila Kamalrudin.

Terdahulu, SWM Environment telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi memperkasakan kesedaran  terhadap amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.

  • Lagi berita berkaitan:
  • UTeM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori