Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Kelantan, Hampir...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah...

Bimbang Kes Bertambah Dengan...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, penuntut dan pekerja...

Kesinambungan Mandat Terengganu Makmur...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri amat memerlukan kesinambungan mandat untuk mentadbir Terengganu bagi...

‘PRU-15 Tak Diadakan Ketika...

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan diadakan ketika sambutan perayaan...

Suntik Dadah Dalam Minuman Kultur, Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

MELAKA – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas tuduhan mengedar pelbagai jenis dadah dalam bentuk cecair yang disuntik dalam minuman kultur dan jus.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lee Wui Khang, 34 dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, hanya mengangguk faham setelah semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh bagi kesemua enam pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Berdasarkan pertuduhan satu hingga enam, tertuduh secara bersama-sama dalam mencapai niat bersama didakwa telah mengedar dadah jenis cecair ketamin (56,100 mililiter) serbuk ketamin (3,711), 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (299 gram), nimetazepam (144 gram) dan ketamin (96.69 gram).

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 8.25 malam di sebuah pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka di sini, pada 20 Januari lalu.

Pendakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.

Sementara itu bagi pertuduhan ketujuh, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis (33.53 gram) di masa, tempat dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali atau lebih sembilan sebatan.

Dalam prosiding sama, Wui Khang berdepan pertuduhan berasingan mengedar dadah ketamine berat kasar 3,910ml di tempat letak kereta di hadapan pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka di sini pada 20 Januari 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 15 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Sinar Harian pada 25 Januari lalu menyiarkan taktik licik sepasang suami isteri menggunakan minuman susu kultur dan jus untuk mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM206,111.

Perbuatan mereka terbongkar selepas dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Banda Hilir.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil risikan selama seminggu berjaya menahan suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun dan isterinya, warga Thailand 28 tahun.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori