• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Kemungkinan Salah Guna Kuasa Dalam Kontrak Menantu Bekas PM

oleh Mohd Arshad
08/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Siasat Kemungkinan Salah Guna Kuasa Dalam Kontrak Menantu Bekas PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sumber mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pemberian satu kontrak lumayan untuk menantu seorang bekas perdana menteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber itu yang enggan dinamakan berkata, siasatan badan anti-rasuah itu memfokuskan kemungkinan berlaku salah guna kuasa berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS).

“SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat itu dengan mereka yang berkuasa ketika itu,” katanya.

Menurutnya, bukti baharu berhubung kes itu muncul, termasuk projek terbabit kini diklasifikasikan “projek sakit” kerana hanya mencapai sedikit kemajuan.

“SPRM mungkin memanggil anggota kanan kerajaan terdahulu sebagai sebahagian siasatannya.”

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi cuba mencadangkan menantu Muhyiddin Yassin mungkin saudara yang tidak dinamakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika bercakap mengenai kroni dan saudara-mara yang diberikan kontrak lumayan.

Anwar dilaporkan berkata, beliau terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat.

Tetapi, katanya, mereka yang “memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta ringgit kepada anak atau menantu atau kroni ketika mereka berkuasa” tidak wajar menyuarakan bantahan.

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dinamakan dalam laporan media pada 2020. Beliau dikaitkan dan mungkin merupakan pemain utama dalam kontrak untuk NIIS.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, S5 Holdings Inc, sebuah penyedia penyelesaian keselamatan.

Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya tiada orang yang terbabit dalam S5, termasuk Adlan.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

-Free Malaysia Today

Tags: Kontrak Menantu Bekas PMSalah Guna KuasaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd