• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Dakwaan Penyelewengan, Kerugian RM157j UiTM Holdings

oleh Mohd Arshad
10/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Siasat Dakwaan Penyelewengan, Kerugian RM157j UiTM Holdings
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa dakwaan penyelewengan, yang mengakibatkan kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) sebanyak RM157 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya memberi fokus kepada beberapa isu, khususnya membabitkan dana dan pelaburan dibuat UiTM Holdings sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan siasatan kepada kes yang disyaki membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Isu kerugian RM157 juta terlalu umum dan SPRM akan memperincikan setiap isu yang dikatakan itu.

“Sekiranya berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia tidak akan terlepas daripada siasatan SPRM.

“Bukan semua pelaburan atau perbelanjaan membabitkan perbuatan jenayah. Ia juga membabitkan isu tata kelola dan pengurusan yang lemah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dibuka jika perkara itu berkaitan jenayah, khususnya rasuah.

Selasa lalu, laporan ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’ yang disiarkan media mendakwa, jumlah itu adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti itu yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi, dan kreatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta UiTM Holdings diserahkan kepada SPRM.

-Berita Harian

Tags: kerugianPenyelewenganSPRMUiTM Holdings
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd