• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Segera Kes Kemalangan Maut Genting Highlands

oleh Mohd Arshad
09/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasat Segera Kes Kemalangan Maut Genting Highlands
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan siasatan segera dibuat membabitkan kes kemalangan maut di Genting Highlands, semalam yang mengorbankan tujuh penumpang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau juga mahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan siasatan ke atas syarikat operator van persiaran yang membawa kesemua mangsa terbabit.

“Saya turut meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menjalankan siasatan dan mengkaji apakah punca kemalangan. MIROS akan bertanggungjawab untuk mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan akan melaporkan dapatan mereka kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

“Dalam kes ini, reka bentuk jalan raya dan juga selekoh terbabit perlu dikenal pasti adakah ia membahayakan pengguna kerana kemalangan itu dikatakan akibat kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan semasa mendekati selekoh tajam di kawasan tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Terdahulu Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong semalam dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang sehingga mengorbankan tujuh nyawa.

-Utusan Online

Tags: kemalangan mautKes Kemalangan Maut Genting Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd