• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sedekah Pilihan Raya’: SPRM Sedang Kenal Pasti 90 Individu

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Sedekah Pilihan Raya’: SPRM Sedang Kenal Pasti 90 Individu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengenal pasti 90 individu didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan ada antara mereka yang dikenal pasti itu sudah pun dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan isu ‘sedekah’ pengundi itu.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata SPRM memerlukan sedikit masa untuk melakukan siasatan terutama bagi mengesan mereka yang berkenaan.

Ini kerana, katanya, tidak semua individu terbabit menetap di Terengganu.

“Sehubungan itu, individu yang terbabit dalam isu penerimaan wang tunai berkenaan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat,” katanya.

Pada 24 Januari lalu, Azam dilaporkan berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen PRU15 mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

Beliau dilaporkan berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

“Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami,” katanya dipetik.

Berdasarkan akta itu, rasuah disifatkan berlaku apabila calon atau mana-mana individu membeli undi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman ketika atau selepas pilihan raya.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000, serta penjara sehingga setahun.

Calon juga boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun jika mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

PAS mendapat kecaman selepas satu klip video menunjukkan segelintir individu menghulurkan wang tunai kepada pengundi, menjadi viral.

Namun, pada 21 Januari lalu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah. Pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

BHonline-

Tags: PRU-15Sedekah Pilihan RayaSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd