Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kena Sindir Dengan Netizen,...

NAMA pelakon cantik, Uqasha Senrose kini kembali menjadi tatapan serta topik hangat dalam...

2 Bot Nelayan Indonesia...

GEORGE TOWN - Dua bot nelayan Indonesia yang sedang menangkap ikan di perairan...

Petron-JAS Meterai MoU Pulihara...

PETRON Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS)...

Rezeki Anak, Achey Jadikan...

KATA orang, kehadiran cahaya mata pasti akan membawa rezeki dalam sesebuah keluarga. Cepat...

Saya Lebih Sayang Bella Kerana Dia Kelakar – Siti Bainun

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia lebih menyayangi Bella berbanding anak lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana Bella merupakan seseorang yang bersifat kelakar.

“Layanan saya kepada Bella adalah sama, mungkin lebih sayang kepada Bella berbanding yang lain sebab Bella ini kelakar dan manja. Dia suka menyanyi dan saya memang suka sakat dia kalau dia menyanyi seorang diri depan cermin.

“Saya juga bawa dia membeli-belah baju-baju sebab dia diberikan kepada saya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya ketika membaca penyataan saksinya.

Tambah wanita itu, tiada sebab untuknya mengambil remaja perempuan itu sebagai anak angkat semata-mata untuk menderanya.

“Layanan saya sama sahaja semenjak saya mengambil Bella pada Julai 2020. Tiada keperluan saya nak ambil Bella untuk simpan dan dera.

“Saya tidak pun dapat duit untuk menjaga Bella, saya tidak pernah kutip derma untuk menjaga Bella, saya tidak pernah mempamerkan muka Bella pun dekat mana-mana minta orang puji atau bantu saya dalam menguruskan Bella.

“Malah saya kena jual macam-macam seperti roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung anak-anak saya termasuklah Bella,” katanya yang kedengaran sebak.

Pada prosiding hari ini, Siti Bainun menjelaskan bahawa kaki Bella diikat supaya dia tidak merayau pada waktu malam.

Katanya, Bella pernah minum satu karton susu kotak menyebabkan dia cirit-birit dan fakta itu turut diakui sendiri oleh saksi pendakwaan kelima, Yasmin Mohd Nahar.


“Yasmin ada kain, dia ikatkan kaki Bella dengan kaki dia kalau Bella bangun nak merayap Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur. Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangan, bahawa Shomin tu dia.

“Namun ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi,” katanya.

Selain itu, demi keselesaan anak-anak angkatnya serta melindungi mereka daripada sikap yang kurang sopan oleh penghuni Rumah Bonda, Siti Bainun memilih untuk berpindah ke sebuah kondominium.

“Rugi saya pindah ke kondominium sebab terpaksa cari duit lebih nak jaga anak-anak saya sedangkan Rumah Bonda tu saya bangunkan dengan duit arwah ayah, ubah suai perabot dan lain-lain.

“Saya buat kerana sayangkan mereka dan niat saya nak beri tempat yang lebih baik, saya pindah agar Bella selesa dan tidak terikut cara percakapan kasar sesetengah penghuni yang berlainan latar belakang,” jelasnya.

Siti Bainun, 31 didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu bersambung esok di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori