• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Rasmi PH, BN T’ganu Diadakan Dalam Masa Terdekat

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Rundingan Rasmi PH, BN T’ganu Diadakan Dalam Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

Perbincangan rasmi mengenai pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) Terengganu dan BN negeri itu akan dimulakan dalam masa terdekat, kata Raja Bahrin Shah Raja Ahmad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pengerusi PH Terengganu itu pada umumnya mereka memahami BN memiliki kelebihan berdasarkan keadaan semasa serta pengalaman yang dimiliki parti terbabit.

“Secara dasarnya telah wujud persefahaman di antara PH dan BN namun rundingan kerusi secara rasmi masih belum berlaku dan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“Namun, segala keputusan berkaitan agihan hanya akan diumumkan setelah keputusan akhir dicapai antara kedua-dua belah parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan PH Terengganu mungkin menyerahkan banyak kerusi dewan undangan negeri kepada BN pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Hasil keputusan rundingan rasmi tersebut, kata Raja Bahrin, akan dibawa ke peringkat pusat untuk dimuktamadkan.

“Sepatutnya mesyuarat dan perbincangan pengagihan kerusi dan pemilihan calon antara kedua-dua pimpinan sudah diadakan pertengahan bulan lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pimpinan Umno negeri menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022,” katanya seperti dilapor BH Online.

Untuk rekod PH gagal memberi kesan yang signifikan di Terengganu dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, berbeza dengan BN yang pernah menjadi kerajaan selama beberapa penggal.

Dalam PRU tahun lalu pula, Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi parlimen di Terengganu.

Raja Bahrin berkata kerjasama di antara PH dan BN adalah penting bagi membolehkan peralihan kuasa daripada PAS kepada kerajaan perpaduan.

“PH Terengganu bersedia dan terbuka kepada perbincangan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di peringkat negeri ini,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: BNPHRundingan RasmiTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kini mempunyai sebab untuk mempertimbangkan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan membabitkan kemelut...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd