• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukulan K.O Jojo Dalam Tempoh 16 Saat, Bernilai RM44,000

oleh Mohd Arshad
26/02/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Pukulan K.O Jojo Dalam Tempoh 16 Saat, Bernilai RM44,000
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK : Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di sini, Jumaat malam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.

Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.

Johan, yang lebih dikenali sebagai ‘Jojo’, turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.

Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap, berkata beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.

“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini…maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.

“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” katanya.

Tahun lepas, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

-Berita Harian

Tags: Jojotinju
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen PN Adakan Pemukiman Bincang Belanjawan 2023

Next Post

Ayah Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamat Anak

Related Posts

16 Petinju Profesional Bakal Berentap Rebut 2 Tali Pinggang

20/12/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Seramai 16 petinju profesional dari Malaysia dan luar negara bakal berentap bagi merebut dua tali pinggang yang...

Persatuan Tinju Amatur Johor Sasar 2 Emas Sukma 2020

20/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Persatuan Tinju Amatur Johor mensasarkan pungutan dua pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2020. Diadakan...

Next Post
Ayah Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamat Anak

Ayah Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamat Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd