• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Penemuan 13 Naskah Al-Quran Dalam Longkang

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat Penemuan 13 Naskah Al-Quran Dalam Longkang
Share on FacebookShare on Twitter

Polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, di Kuala Lumpur, pada jam 6.30 petang, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata seorang wanita tempatan, yang jua Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan, membuat laporan polis pada jam 11.32 pagi tadi dengan memaklumkan beliau menemukan beberaap naskah kitab suci itu di dalam longkang.

“Hasil siasatan mendapati saksi itu sedang beriadah bersama suaminya telah ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasik dan hasil pemerhatiannya mendapati senaskah al-Quran dalam keadaan terbuka dan telah terkeluar dari beg tersebut.

“Kemudian, saksi telah meminta bantuan daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu dan kesemua naskah al-Quran terbabit telah dibawa keluar dan dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk di simpan,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata polis telah membuat semakan di platform media sosial TikTok di pautan https://vt.tiktok.com/ZS8mYtW4L/ dan mengesahkan bahawa terdapat satu hantaran berkaitan dengan aduan yang dilaporkan oleh saksi.

“Kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama,” katanya.

Katanya, kesemua naskah al-Quran itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Beh menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kebimbangan serta menjejaskan ketenteraman awam terutama kepada masyarakat umum.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Al-Quranpolissiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd