• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Anggota Didakwa Ganggu Isteri Orang

oleh AK-47
17/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat Anggota Didakwa Ganggu Isteri Orang
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggotanya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dan mengganggu isteri orang seperti video yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis juga telah menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.

“Perkara ini sedang dalam siasatan lanjut meliputi pelbagai elemen dan kami juga perlu hantar sampel video itu ke forensik untuk kami tentukan kesahihan yang dibuat oleh pengadu.

“Dalam isu ini saya tidak akan berkompromi jika ia melibatkan salah laku anggota selain tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut Christopher berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan oleh D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Katanya anggota tersebut juga masih menjalankan tugas seperti biasa dan kes itu disiasat di bawah Sesyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat dan memperdaya isteri orang.

Terdahulu tular satu hantaran di Facebook dan video dakwaan seorang lelaki mengenai masalah rumah tangga yang berusia sembilan tahun itu diganggu pihak ketiga dan dipercayai hubungan isterinya dan anggota terbabit telah berlarutan sehingga setahun.

-Harian Metro

Tags: ANGGOTApolissiasat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura, Malaysia Komited Kongsi Kepakaran Bidang Pertanian Moden

Next Post

Tanam Mayat: Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

17/07/2025
0

Petaling Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui...

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Next Post
Tanam Mayat: Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Tanam Mayat: Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd