• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

oleh Mohd Arshad
01/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan agensi kerajaan sebagai alat mencapai matlamat politik untuk membunuh kredibiliti parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata parti itu bagaimanapun akan terus memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya fitnah dapat dihentikan segera susulan pembekuan akaun milik parti itu.

“Saya merujuk kepada laporan berita mengenai pembekuan akuan bank BERSATU oleh SPRM. BERSATU dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada BERSATU.

“Pemimpin dan pegawai parti BERSATU yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga sudah diarahkan memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU.

Beliau dilaporkan berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya yakin rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN, yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepostime kerajaan mereka.

“BERSATU sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli BERSATU dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian serta fitnah ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUkredibilitiPH-BNPNSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd