Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

10 Operator Telefon Perdaya...

KAMPAR - Sekumpulan 10 rakan sekerja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,...

Malaysia Tempat Pertama Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam...

Ancaman Bom, Lebih 1,000...

LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom...

Khairy, Nazri Mungkin Ada...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak...

Pelantikan KJ Mampu Beri Nilai Tambah – TMJ

KUALA LUMPUR : Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat belia Johor mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta bola sepak negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disuarakan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdasarkan pengalaman luas dimiliki Khairy terutama pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018.

“Saya sudah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” kata TMJ menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini.

Pelantikan Khairy kemudian disahkan JDT menerusi kenyataan pada akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, hari ini.


Kelab berkenaan memaklumkan Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.

Sebelum ini, TMJ sudah memberi bayangan Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.

Ketika memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.

-Berita Harian

Kategori

Leave a Reply