• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

oleh Mohd Arshad
17/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah ganas di perairan dengan selamat serta mengelakkan kecederaan kepada anggota bertugas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kursus yang dikendalikan tenaga pakar dari Jepun itu dijalankan dari 30 Jan hingga 3 Feb lepas, di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.

Takuma Hashimoto dari Pengawal Pantai Jepun (JCG) berkata Kursus Teknik Penangkapan 2023 anjuran bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) adalah, penting untuk mengekalkan keselamatan maritim dan penguatkuasaan ndang-undang di Malaysia.

Ia membantu anggota maritim Malaysia memerangi kegiatan menangkap ikan secara haram, penyeludupan, mencegah dan menyekat kegiatan lanun serta pengedaran dadah di kawasan perairan.

Hashimoto, yang juga pegawai Pasukan Kerjasama Mudah Alih (MCT), Bahagian Strategi Antarabangsa, Jabatan Pentadbiran di JCG itu berkata memastikan perkapalan antabangsa selamat adalah penting kerana perairan Malaysia merupakan laluan penting menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik.

“Jepun menyasarkan untuk merealisasikan konsep Bebas dan Terbuka Indo-Pasifik bersama Malaysia melalui peningkatan kapasiti teknik menangkap dalam kalangan pegawai APMM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JCG telah menghantar dua ahli MCT yang merupakan sebuah pasukan khas menyediakan pengawal pantai asing dengan keupayaan meningkatkan keselamatan dan sekuriti maritim.

Beliau berkata program berkenaan akan membantu meningkatkan keupayaan pada masa hadapan sekali gus membawa kepada pembangunan ekonomi di kedua dua negara.

Jepun dan Malaysia adalah dua negara maritim yang telah bekerjasama untuk mengekalkan keselamatan dan sekuriti maritim.

Setakat ini, Tokyo telah menghantar tenaga pakar ke APMM melalui JICA bagi menjalankan pelbagai projek kerjasama teknikal dalam bidang penguatkuasaan undang-undang maritim serta operasi mencari dan menyelamat sejak penubuhan APMM pada 2005.

Hashimoto berkata Jepun akan meningkatkan lagi hubungan dengan Malaysia dalam mempromosikan keselamatan dan sekuriti maritim di rantau ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Latihan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Komander Maritim Izwanhadi Idros berkata pendedahan kepada ‘teknik jarak dekat tanpa senjata’ yang diajar sangat berkesan sehingga ia diserap dalam prosedur operasi standard (SOP) APMM.

Menurut Izwanhadi, pegawai APMM tidak mempunyai seni mempertahankan diri khas seperti taekwondo atau silat sebagai pertahanan.

“Bagaimanapun, dalam bidang seperti larangan atau menahan dan menggeledah, kita menggunakan manual arahan ‘seiatsu’ JCG yang lebih berkesan untuk menjatuhkan atau menangkap suspek.

“Apabila mencari suspek, kita menggunakan peralatan, pistol, gari, belantan, penyembur lada, dan lain-lain tapi dalam kes kami diserang terlalu cepat dan tidak dapat menggunakan alat ini, teknik menangkap ini berguna untuk melawan suspek dan melindungi diri,” katanya.

Teknik ini penting untuk menundukkan suspek kerana anggota APMM sentiasa menghadapi kes serangan, kemarahan dan keganasan apabila mereka menaiki kapal untuk pemeriksaan maritim.

Perbuatan jenayah melibatkan nelayan asing sering berlaku di perairan Laut China Selatan seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor.

Di Selat Melaka, terdapat banyak kes Operasi Keselamatan Maritim (MSO) melibatkan kapal perdagangan dan penyeludupan ke Klang manakala di perairan Perak membabitkan kes penyeludupan dan penangkapan ikan secara haram.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KM Nyalau Left Komander Maritim Nurul Hanin Mohd Isa berharap dapat menjalankan tugas dengan baik dalam bidang yang didominasi lelaki serta dianggap mustahil bagi wanita itu.

Nurul Hanin berkata beliau sangat berminat untuk melatih anggota wanita berkaitan teknik melakukan tangkapan kerana mereka juga menjalankan pemeriksaan di dalam bot dan kapal ketika operasi di laut.

-Bernama

Tags: APMMTeknik Penahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd