• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Khaled Tawar Diri Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

oleh Mohd Arshad
21/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mohamed Khaled Tawar Diri Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri bertanding mempertahan jawatan tersebut dalam pemilihan parti tidak lama lagi demi mengembalikan semula kepercayaan kepada UMNO yang hilang menerusi proses pemulihan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tegas Menteri Pengajian Tinggi itu, beliau menawarkan diri sebagai Naib Presiden buat kali kedua demi meneruskan khidmat dan bakti kepada UMNO biarpun pada saat parti tidak berada dalam kedudukan terbaik dan dianggap jauh daripada nurani orang Melayu.

“Dengan tekad mengembalikan semula kepercayaan yang hilang melalui pemulihan. Selain itu, dengan bekerja bersama-sama semua yang percaya bahawa yang lemah, parti yang kalah harus bangkit kembali.

“Berbekalkan segala kekuatan dan kelemahan saya, izinkan saya meneruskan ikhtiar yang tertangguh dan memeta semula sasaran masa depan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mengesahkan beliau mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO dimenanginya ketika pemilihan UMNO 2018.

Dalam pada itu, beliau berharap sokongan terhadap dirinya akan diterjemahkan dalam kerja keras demi agama, bangsa dan tanah air.

“Kerana akhirnya, tujuan saya hanyalah meneruskan bakti pada parti,” katanya.

Dengan perkembangan itu, setakat ini hanya satu calon menawarkan diri bertanding bagi merebut kekosongan tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata sehingga 19 Februari lalu, masih belum ada mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding bagi merebut kekosongan tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Katanya, malah kerusi Ketua Wanita UMNO dan Ketua Pemuda UMNO sehingga kini masing-masing menyaksikan hanya seorang calon menyerahkan borang pencalonan, manakala Ketua Puteri pula berlaku persaingan enam calon.

Katanya, setakat 19 Februari lalu terdapat 111 calon telah menghantar borang pencalonan bagi merebut bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Bagi MT seramai 24 calon sudah pun mendaftar diri untuk bertanding. Seorang calon bagi jawatan Pengerusi Tetap dan empat calon untuk Timbalan Pengerusi Tetap.

“Pendaftaran bagi calon-calon Naib Presiden masih tertunggu-tunggu untuk baki minggu ini untuk mereka berdaftar untuk jawatan berkenaan. Saya juga percaya jawatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri akan ada calon mendaftar diri sebagai calon dalam jawatan penting pergerakan Wanita dan Pemuda,” katanya dalam sidang akhbar.

-Utusan Online

Tags: Mohamed Khaled NordinNaib Presiden UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Next Post

Alasan Air, Lelaki Ditahan Khalwat Bersama Janda 11 Anak

Related Posts

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

12/07/2025
0

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas...

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

Next Post
Alasan Air, Lelaki Ditahan Khalwat Bersama Janda 11 Anak

Alasan Air, Lelaki Ditahan Khalwat Bersama Janda 11 Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd