• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Bincang Dengan PLUS Cadangan Tambah Lorong Lebuh Raya

oleh Mohd Arshad
06/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MOF Bincang Dengan PLUS Cadangan Tambah Lorong Lebuh Raya
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan pertemuan bersama Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), bagi membincangkan isu penambahan lorong laluan lebuh raya membabitkan negeri Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pertemuan yang akan diadakan minggu ini itu membabitkan permohonan negeri berkenaan supaya laluan antara Yong Peng-Skudai ditambah daripada empat kepada enam lorong.

Katanya, permohonan dibuat Johor itu berikutan kesesakan yang sering dialami di laluan berkenaan tanpa mengira waktu, akibat pertambahan kenderaan yang luar biasa.

“Pada minggu ini saya akan bertemu dengan PLUS untuk berbincang dan mendapatkan maklum balas apakah perancangan hasil daripada cadangan Johor dalam manifesto dua kali pilihan raya untuk pertambahan lorong antara Yong Peng ke Johor Bahru.

“Ini juga adalah permintaan ramai rakyat berikutan kesesakan lalu lintas lebuh raya itu di antara Yong Peng-Skudai, adalah masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kita lihat daripada Melaka ke Seremban sudah ada enam lorong, manakala daripada Seremban ke Kuala Lumpur sudah ada lapan lorong.

“Namun Johor hanya ada empat lorong sedangkan negeri itu memberikan sumbangan yang begitu besar kepada kekayaan dan pendapatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Johor beberapa kali memohon supaya laluan Lebuhraya PLUS antara Yong Peng ke Skudai dinaik taraf daripada empat kepada enam lorong berikutan kesesakan yang sering dialami di laluan itu.

Pertambahan jumlah kenderaan setiap tahun menyebabkan kesesakan sering berlaku di laluan sepanjang 70 kilometer (km) itu.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pertemuan antara MOF dan PLUS itu bukanlah pengumuman bahawa pertambahan lorong di laluan lebuh raya di negeri ini, akan bermula.

Namun katanya, ia perbincangan awal yang akan memberi pemberat kepada cadangan yang sekian lama dibuat oleh Johor.

“Pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas PLUS apakah perancangan mereka terhadap cadangan Johor itu dan bagaimanakah kaedahnya.

“Jika tidak ada perbincangan lanjut, seolah-olah perkara itu akan berlalu begitu sahaja dan tidak ada sebarang pemberat kepada cadangan yang penting untuk merealisasikan permohonan Johor itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: lebuh rayaMOFPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan Madani kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd