• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Persekutuan Putuskan Siasatan Terhadap Hakim Nazlan Tak Ikut Protokol

oleh Mohd Arshad
24/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Persekutuan Putuskan Siasatan Terhadap Hakim Nazlan Tak Ikut Protokol
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel itu berkata, cara penyiasatan dijalankan ke atas Mohd Nazlan dengan menghebahkannya melalui kenyataan akhbar, kelihatan tidak menjaga keyakinan terhadap kebebasan badan kehakiman.

Beliau berkata, siasatan terhadap Nazlan yang dilakukan tanpa rundingan dengan badan kehakiman juga menimbulkan keraguan sama ada siasatan terhadapnya dilakukan secara bona fide ​​(dengan niat baik).

“Badan Siasatan Jenayah tidak boleh dengan sendirinya menghebahkan atau mengiklankan fakta penyiasatan atau kandungan penyiasatan hakim mahkamah atasan tanpa kebenaran Ketua Hakim Negara. Keseluruhan kandungan mesti dirahsiakan pada setiap masa,” katanya.

Tengku Maimun berkata demikian dalam keputusan sebulat suara mahkamah untuk menjawab dua persoalan undang-undang berkaitan kuasa badan penyiasat jenayah menyiasat hakim kanan yang sedang berkhidmat yang dibangkitkan oleh tiga peguam, yang terdiri daripada Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai.

Peguam itu mengemukakan saman pada 6 Mei tahun lalu terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Persekutuan selepas SPRM membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan berikutan laporan yang dibuat mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Mohd Nazlan.

Peguam itu berhujah bahawa badan penyiasat jenayah dan pihak pendakwaan hanya boleh memulakan siasatan ke atas hakim yang sedang berkhidmat selepas hakim itu digantung tugas oleh Yang di-Pertuan Agong atau telah disingkirkan oleh tribunal.

Mohd Nazlan kemudiannya membuat laporan polis terhadap sebuah portal dalam talian yang mendakwa beliau disiasat berhubung kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.

Hakim-hakim lain dalam panel Mahkamah Persekutuan itu terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.

HarianMetro-

Tags: Hakim Nazlanmahkamah persekutuanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd