• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Korea Selatan Perintah Pampasan Pertama Mangsa Perang Vietnam

oleh Mohd Arshad
07/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Korea Selatan Perintah Pampasan Pertama Mangsa Perang Vietnam
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan hari ini memerintah kerajaan memberi pampasan kepada mangsa kekejaman Vietnam ketika Perang Vietnam pada 1970-an, apabila kira-kira 300,000 tentera Korea Selatan bertempur bersama tentera Amerika Syarikat (AS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu menandakan pengakuan undang-undang pertama mengenai liabiliti Korea Selatan atas kekejaman ketika perang dan berpotensi membuka jalan kepada mangsa lain untuk mendapatkan pampasan.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul memerintah kerajaan membayar kira-kira 30 juta won (AS$23,800 atau RM102,435.16) sebagai pampasan dan dana tambahan kepada Nguyen Thi Thanh, mangsa yang terselamat daripada pembunuhan orang awam oleh tentera Korea Selatan.

Nguyen, 63, memfailkan saman terhadap kerajaan Korea Selatan pada 2020 bagi mendapatkan pampasan bernilai kira-kira 30 juta won, dengan mengatakan dia cedera dan kehilangan ahli keluarganya apabila anggota marin negara itu membunuh kira-kira 70 orang awam di kampung halamannya di wilayah tengah Vietnam Quang Nam pada 1968.

“Pada masa itu, tentera terbabit memaksa keluarga plaintif keluar daripada rumah, mengancam dengan peluru hidup dan senjata api sebelum menembak mereka.

“Akibatnya, keluarga plaintif meninggal dunia di tempat kejadian dan plaintif serta yang lain mengalami kecederaan parah,” kata keputusan itu, menurut agensi berita Yonhap.

Seorang pegawai mahkamah mengesahkan keputusan itu tetapi berkata keputusan penuh belum sedia untuk disiarkan.

Nguyen, menerusi panggilan video dari Vietnam yang diatur oleh peguamnya selepas keputusan itu, mengalu-alukan keputusan itu dan berkata ia akan ‘memberi ketenangan jiwa kepada mangsa yang melalui insiden itu’.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Seoul tidak memberikan sebarang ulasan ketika ditanya mengenai keputusan itu.

Sebaliknya, Kementerian Luar itu berkata, kedua-dua negara sudah mengadakan rundingan rapat mengenai isu yang belum selesai untuk kemajuan hubungan diplomatik ‘berorientasikan masa depan’ yang ditubuhkan secara rasmi pada 1992.

“Korea dan Vietnam mencapai perkembangan hubungan yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak 30 tahun lalu berdasarkan prinsip ‘Mari melupakan peristiwa malang lalu dan bergerak ke arah masa depan,'” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

BHonline-

Tags: Mahkamah Korea SelatanpampasanPerang Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd