Sample Page Title

IPOH : Seorang lelaki yang didakwa membunuh rakannya sebelum tidur bersama mayat mangsa selama seminggu lima tahun lalu, dihukum mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Azhud Ibrahim, 33, yang hadir berbaju hitam dan berseluar jeans, tenang ketika hukuman dibacakan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Abang tertuduh yang berada di galeri awam, dilihat menitiskan air mata sebaik keputusan dibacakan.

Tertuduh yang ketika kejadian berusia 28 tahun, didakwa membunuh Ahmad Azam Ahmad, 43, dengan memukul mangsa menggunakan sebatang buluh dan tebu serta memijaknya sehingga mengakibatkan kematian.

Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, keterangan tanpa sumpah tertuduh tidak bersifat pembelaan berwibawa kerana berbentuk penafian semata-mata selain bersifat sesuatu yang difikirkan kemudian.

“Banyak persoalan dan isu tidak ditimbulkan serta disoal balas kepada saksi pihak pendakwaan tetapi berbangkit selepas tertuduh membela diri.

“Ketulenan dan kesahihan cerita tertuduh diragukan, apatah lagi untuk mencabar kes pendakwaan yang kuat,” katanya.


Abdul Wahab berkata, tertuduh mendakwa memukul si mati untuk menghalang daripada dipukul dan mempertahankan diri tetapi tiada keterangan dalam laporan tangkapan yang menunjukkan tertuduh mengalami kecederaan.

Katanya, penemuan sebatang cangkul berhampiran lubang yang digali di belakang rumah tertuduh adalah konsisten dengan keterangannya.

“Persoalannya, mengapa tertuduh menggali lubang jika benar tiada niat membunuh si mati? Tindakan yang sepatutnya diambil tertuduh adalah melaporkan kepada polis, bukan menyembunyikan mayat mangsa.

“Ini sekali gus menunjukkan niat si mati untuk menutup jenayah yang dilakukannya,” katanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd Azhud di No 2A Lorong Mohd Ali Kampung Bahagia, Teluk Intan, antara jam 10 malam hingga 8 pagi pada 10 Ogos 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fitri Sadarudin manakala tertuduh diwakili peguam, Gurbachan Singh.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...