Sample Page Title

Kota Kinabalu : Lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah pecah rumah, curi dan dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api tiruan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Jaccqres Kadau, 51, berasal dari Kampung Bingkor, Keningau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Dia dituduh memiliki pistol tiruan yang bertulis ‘glock’ di dalam kereta jenis Proton Gen-2 di Damai Plaza di sini, pada 1.30 pagi, 8 Februari lalu.

Penemuan itu hasil pemeriksaan polis, yang turut menemukan sebilah samurai dan pelbagai peralatan disyaki untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Dalam pemeriksaan itu juga ditemui sepasang baju operasi polis dan waran kad Konstabel Sukarelawan Polis (SSPDRM) yang pernah dilapor hilang di Kampung Tuavon, Penampang pada 4 Februari 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1969 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.


Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana melakukan kesalahan menagih dadah berulang.

Berdasarkan fakta kes, ujian saringan air kencing terhadap tertuduh ketika ditahan di IPD Kota Kinabalu mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine/ Methamphetamine.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor [email protected] Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kedua-dua kes pada 3 Mac 2023.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...