• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah

oleh AK-47
10/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah
Share on FacebookShare on Twitter

Pemberian insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan sedang dalam perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat awal dan bentuk pemberian insentif belum diputuskan.

“Setakat ini kita belum umumkan insentif, tetapi perkara itu sedang dibincangkan, mungkin (contohnya) kedai mamak yang memerlukan pekerja untuk memasak, dari segi itu kita akan bantu untuk dapatkan tambahan pekerja.

“Kita belum meletakkan sebarang nilai fiskal dalam insentif itu, tetapi setakat ini, inisiatif Menu Rahmah adalah sukarela yang pengusaha dapat bersama-sama membangunkan ekosistem yang memahami masalah dihadapi rakyat dalam menangani kos sara hidup,” katanya pada sidang media selepas program Jalan-Jalan Cari Makan Menu Rahmah di Nasi Kandar KM Maju di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemberian insentif kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah.

Fuziah berkata KPDN juga bersedia untuk berunding dan membantu pengusaha yang ingin menyediakan Menu Rahmah dari segi mendapatkan bekalan bahan mentah.

Berhubung pengusaha kedai makan dan restoran yang mengehadkan waktu penjualan Menu Rahmah, Fuziah berkata inisiatif itu disertai secara sukarela, bagaimanapun mereka diharapkan dapat menguar-uarkan waktu penjualan supaya pelanggan tidak kecewa dengan ketiadaan menu berkenaan.

Terdahulu, pemilik Nasi Kandar KM Maju Mohd Faisul Kabeebu berkata restorannya itu menyediakan dua set Menu Rahmah bernilai RM5 iaitu ikan atau ayam bersama nasi, sayur, kuah campur dan air suam.

Katanya, hidangan Menu Rahmah dijual bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari.

-Malaysia Kini

Tags: InsentifKPDNMenu Rahmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd