• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Bentang Kertas Putih Berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 Di Dewan Rakyat – PM

oleh AK-47
08/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Bentang Kertas Putih Berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 Di Dewan Rakyat – PM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka akan membentangkan satu Kertas Putih berkaitan perolehan vaksin COVID-19 dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan dapatan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, berlaku perkara yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.

“Dr Zaliha (Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan) akan memberikan butiran, cukup untuk saya katakan kami memutuskan pembentangan Kertas Putih ini adalah kerana penemuan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, mengenai penyelewengan dan urus niaga dan kelulusan yang diberikan, tidak mengikut proses dan perolehan yang sewajarnya.

“Sebahagian daripadanya dipersoalkan daripada segi bilangan dan kos, jadi beliau (Dr Zaliha) akan membentangkannya kepada Parlimen,” katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan turut membentangkan Kertas Putih berkaitan isu Batu Puteh di Parlimen.

“Masalah kita adalah kerana laporan pasukan khas itu membantah keputusan untuk tidak merayu, menyebabkan kita kehilangan wilayah Malaysia dan di mana-mana negara pun kehilangan wilayah ini masalah besar.

“Saya jelaskan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, ia tidak akan menjejaskan hubungan baik dua hala atau kedudukan status Batu Putih yang sekarang sudah jadi milik Singapura mengikut keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, namun tindakan kita yang melanggar proses itu terpaksa diangkat dan jemaah menteri sudah berbincang panjang.

“Keputusan kita serahkan kepada kebijaksanaan Parlimen,” jelasnya.

-Awani

Tags: Dewan Rakyatkertas putihKKMPerolehan Vaksin COVID-19pm
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd