• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes LCS: Siasatan SPRM Masih Berjalan

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes LCS: Siasatan SPRM Masih Berjalan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Siasatan ke atas kes projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berjalan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa kertas siasatan sudah pun dibuka dan keterangan daripada pelbagai pihak perlu diperoleh, termasuk keterangan dari luar negara.

“Bagaimanapun, terdapat kertas siasatan yang sudah lengkap yang mana seorang bekas Panglima Tentera Laut Malaysia (TLDM) sudah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 18 Ogos 2022,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berkaitan perkembangan siasatan LCS.

Selain itu, Azalina memaklumkan, SPRM turut mengemukakan Surat Makluman Penyiasatan (SMP) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk tindakan sewajarnya bagi menutup ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan ke atas projek LCS.

“SPRM juga masih lagi dalam tindakan melaksanakan pemeriksaan untuk penambahbaikan tatakelola berkaitan dengan perolehan oleh kementerian,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kes LCSSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd