Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kg Labuan Diusir,...

Penduduk kampung di Kampung Gersik, Labuan yang akhirnya diusir awal bulan ini, masih...

Wanita Buddha Dijel 18...

BALASAN... Seorang wanita dihukum penjara 18 bulan kerana mengadu mengenai laungan azan dari...

VIDEO: Comelnya..Budak Lelaki Kantoi...

SEMUA orang pasti memiliki pengalaman lucu semasa zaman kanak-kanak.Zaman itulah segala perbuatan 'nakal'...

Pantai Penuh Najis, Duterte...

MALU dengan suasana pantai peranginan popular antarabangsanya dipenuhi kumbahan manusia, Filipina terpaksa mengumumkan...

Keropok Kering Tokek Haram Dimakan

PUTRAJAYA – Keropok kering tokek adalah inovasi makanan terbaharu yang kini tular di media sosial selain turut dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerui portal Maktabah Al-Bakri menjelaskan, tokek yang juga nama sejenis cicak adalah haram untuk dimakan.

Menurutnya, berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan para ulama, beliau berpendapat bahawa cicak termasuk dalam jenis haiwan yang haram untuk dimakan sebagaimana pendapat jumhur ulama.

“Haiwan itu dianggap jijik dan cicak termasuk dalam jenis haiwan perosak yang diperintahkan untuk dibunuh, lebih-lebih lagi Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik,” katanya.


Katanya, ulama berselisih pendapat mengenai hukum memakan haiwan itu dimana Imam al-Nawawi dan Abu Ishal al-Syirazi berpendapat tokek atau cicak haram dimakan kerana ia termasuk dalam haiwan yang harus dibunuh.

Selain itu, Zulkifli berkata, pendapat kedua pula menyatakan cicak itu halal dimakan sebagaimana pendapat Imam Malik yang mana turut mensyaratkan ular halal dimakan jika selamat daripada racun atau bisanya.

Sebelum ini, keropok tokek kering yang difahamakan keluaran negara jiran Indonesia, turut dipasarkan menerusi portal beli belah atas talian dan dijual pada harga sekitar RM38 sepaket.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori