• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Mansuhkan Bayaran PTPTN

oleh Mohd Arshad
14/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Tidak Mansuhkan Bayaran  PTPTN
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN : Kerajaan tidak bercadang memansuhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin dan isi rumah bersasar B40.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana jumlah tersebut melibatkan pelupusan hutang yang besar dan ia tidak boleh dilaksanakan buat masa ini.

“Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

“Untuk makluman, berdasarkan unjuran atau anggaran awal PTPTN, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah akan melibatkan 1.84 juta peminjam dan pelupusan hutang sebanyak RM 42.34 billion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Machang) yang bertanya kementerian bilakah program pemansuhan hutang PTPTN mula diperkenalkan dan berapa jumlah penerima manfaat.

Mengulas lanjut, Khaled turut berkata, beberapa inisiatif diberikan kepada peminjam dalam membuat pembayaran balik kepada PTPTN.

“Ada pelbagai cara dan usaha untuk memudahkan peminjam golongan miskin seperti penangguhan bayaran balik jika sambung pengajian atau belum dapat pekerjaan, penstrukturan penjadualan semula pinjaman mengikut kemampuan, pemberian diskaun bayar balik jika buat bayaran secara sekali gus dengan penuh dan bayaran balik PTPTN bermula selepas 12 bulan peminjam tamatkan pengajian serta peroleh pendapatan stabil untuk memulakan bayaran balik,” katanya.

-Utusan Online

Tags: KerajaanParlimenPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd