• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Bekalan Ayam, Telur Diatasi Menjelang Ramadan

oleh Mohd Arshad
25/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kekurangan Bekalan Ayam, Telur Diatasi Menjelang Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin, masalah kekurangan bekalan telur dan ayam menjelang Ramadan ini, dapat diatasi susulan program pemutihan lebih 200,000 pekerja asing yang giat dilakukan sejak bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ini kerana masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya dalam sektor perladangan dan penternakan menjadi antara punca krisis bekalan bahan mentah itu berlaku di negara ini.

“Kita sudah berbincang dengan pengusaha dan sekarang tempat yang berdepan masalah kekurangan pekerja sedang dalam proses penambahan kerana kerajaan sejak Januari telah melonggarkan syarat pengambilan pekerja asing dengan lebih 200,000 telah berjaya didaftarkan.

“Mereka ini akan bekerja di premis seperti ladang ternakan ayam dan lain-lain sektor perladangan yang memerlukan pekerja,” katanya selepas merasmikan Jelajah Agropelancongan dan Agrobelia di sini, hari ini.

Mohammad menjelaskan, dalam soal itu kerajaan menjadi pemudah cara, terutamanya dalam mengeluarkan permit kepada tenaga buruh asing yang sudah berada dalam negara, dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia supaya golongan tersebut dapat bekerja secara sah.

Katanya, kenaikan harga bahan mentah masih berpunca daripada kenaikan harga soya dan jagung yang bergantung kepada pasaran import memandangkan pengeluaran jagung dalam negara tidak sesuai untuk makanan haiwan.

“Jagung bijiran untuk haiwan baru mula ditanam di Perlis dan tahun ini kita akan buat secara besar-besaran supaya jagung jenis itu ada di Malaysia dan dapat tampung sebahagian (bekalan) Insya-Allah harga ayam akan dapat dikawal dengan lagi baik,” katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan makanan masih mencukupi biarpun harganya sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan disebabkan pelbagai faktor.

“Tahun lalu, FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia) meletakkan Malaysia dengan markah 100 (peratus), ertinya tiadalah rakyat kita (yang) sampai tiada makanan langsung (kerana masalah bekalan).

“Mungkin harga naik dan turun tetapi (bekalan) makanan ada dan tidak menerima bantuan antarabangsa dari sudut makanan tidak seperti negara-negara di Afrika,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sabah dan Sarawak dilihat antara negeri yang berpotensi menawarkan ruang untuk memastikan keterjaminan makanan negara dalam jangka masa panjang.

“Kerajaan Sarawak juga akan membantu kerana mempunyai tanah yang luas.

“Sabah pun begitu, tanah yang luas itu akan dibenar digunakan untuk tanaman-tanaman yang boleh menjamin keterjaminan makanan,” katanya.

BHonline-

Tags: Bekalan AyamBekalan Telurramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd