• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-kanak Lelaki Maut, 12 Cedera Kemalangan Lima Kenderaan

oleh Mohd Arshad
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-kanak Lelaki Maut, 12 Cedera Kemalangan Lima Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak maut, manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2, Lebuhraya Senai-Desaru berhampiran Bandar Penawar semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, ketika kejadian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu difahamkan menaiki Proton Persona bersama ibu bapanya.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.01 petang sebelum menghantar dua buah jentera dari BBP Penawar dan BBP Pasir Gudang dengan kekuatan keseluruhan 14 anggota ke tempat kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan lima buah kenderaan, Proton Persona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight yang melibatkan 13 mangsa.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam

kenderaan Proton Persona, manakala mangsa yang lain telah keluar sendiri. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kemalangan tersebut disyaki berpunca akibat tindakan sebuah kereta yang memotong kenderaan lain, tetapi tidak lepas.

“Akibatnya, berlaku perlanggaran antara kenderaan yang lain dari arah bertentangan. Seorang mangsa kanak-kanak lelaki telah maut dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera turut menerima rawatan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: kanak-kanakkemalanganmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd