• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Pertahan Hak Media Lapor Berita Petik ‘Sumber’

oleh Mohd Arshad
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fahmi Pertahan Hak Media Lapor Berita Petik ‘Sumber’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mempertahankan hak agensi media untuk menyiarkan berita yang memetik sumber dalam laporan tertentu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tegasnya, tiada sebarang larangan atau sekatan akan dikenakan dalam isu laporan berita yang memetik sumber kerana beliau memahami wartawan dan media berhak melindungi keselamatan individu yang memberi maklumat kepada mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebebasan itu tetap tertakluk kepada undang-undang dan mana-mana laporan tidak benar dan berunsur fitnah tetap akan diambil tindakan.

“Kita maklum dalam kalangan wartawan ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah.

“Contohnya baru-baru ini, syarikat Awesome TV yang menerbitkan laporan berita fitnah, apabila memetik sumber atau cadangan dengan mengatakan kerajaan berhasrat membuang lebih 800,000 pegawai penjawat awam.

“Ini fitnah yang sangat jelas. Awesome TV ini sudah enam kali melakukan pelanggaran (undang-undang), termasuk lima kali (dalam pentadbiran) sebelum ini.

“Jadi pada jam 12 tengah hari ini, SKMM akan bertemu dengan pihak Awesome TV untuk membincangkan kerana pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini sekali pun.

“Jadi perlu ada keseimbangan, dan mungkin ini bersifat perbincangan antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk mencari titik temu dalam isu ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat melarang pemberitaan yang memetik sumber dalam kalangan agensi media di Malaysia.

Berhubung soalan tambahan Shahidan yang bertanya sama ada kerajaan terancam dengan pengaruh pembangkang di aplikasi TikTok hingga meminta syarika itu menyekat kandungan tertentu, Fahmi menegaskan tindakan menurunkan sekatan itu dibuat oleh TikTok mengikut garis panduan komunitinya yang tersendiri.

“Semua syarikat media sosial ada garis panduan komuniti tersendiri dan kerajaan tidak memberi input kepada apa-apa isi kandungan bagi garis panduan komuniti ini.

“Contohnya TikTok menurunkan kandungan berdasarkan garis panduan komunitinya, dengan sekitar 95 peratus kandungan diturunkan secara automatik berdasarkan kecerdasan buatan (AI) syarikat itu,” katanya.

Dalam jawapan kepada soalan asal Shahidan mengenai hasrat kerajaan meneliti semula akta berkaitan kebebasan media, Fahmi mengakui kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Kementerian ada perancangan meminda Akta 588, namun bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara atau kebebasan media, tapi bagi memantapkan rangka kerja kawal selia berkaitan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian,” katanya.

-Berita Harian

Tags: beritaFahmi FadzilmediaSumber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Cadang Tubuh Jabatan Kanak-Kanak

Next Post

Himpit: PH Terengganu Lapor Polis, Desak Tindakan Ke Atas PAS

Related Posts

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

26/06/2025
0

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi akan meneliti keperluan untuk menambah baik seterusnya memperkenalkan semula pakej perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang pernah...

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Next Post
Himpit: PH Terengganu Lapor Polis, Desak Tindakan Ke Atas PAS

Himpit: PH Terengganu Lapor Polis, Desak Tindakan Ke Atas PAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd