Sample Page Title

KLANG : Seorang pejalan kaki dipercayai dilanggar lari sebuah motosikal ketika melalui Lorong Perbandaran, berhadapan pejabatnya, awal pagi Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa, Siti Mariam Anisah Ali yang bekerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi semasa dia hendak melintas jalan selepas meletakkan keretanya di hadapan Dewan Hamzah.

“Pada ketika itu, banyak kenderaan dari arah Lorong Perbandaran menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Jadi, saya perlahan-lahan melintas jalan itu.

“Namun ketika hendak masuk ke pekarangan pejabat MPK, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang laju dari arah Lorong Perbandaran menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Saya tak sempat elak, terus dilanggar penunggang motosikal itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun penunggang tersebut mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan terus berlalu pergi, tidak membantunya.

Sejurus kemalangan itu, Siti Mariam terus mendapatkan rawatan di klinik MPK kerana mengalami kecederaan pada anggota badan bahagian kirinya sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam


“Selepas menerima rawatan, saya bersama suami terus membuat laporan polis di balai polis trafik Klang Selatan. Saya diberikan cuti sakit daripada Hospital Shah Alam sehingga esok (Jumaat).

“Namun perlu menjalani rawatan susulan kerana tangan kirinya kerap berasa kebas, akibat impak daripada kemalangan berkenaan,” ujarnya yang tinggal di Bukit Kapar.

Jelasnya lagi, dia sudah mendapat rakaman kemalangan itu daripada kamera litar tertutup (CCTV) milik MPK, namun sedang mengenal pasti penunggang terbabit.

Bagaimanapun, dia meminta bantuan orang ramai untuk mengesan penunggang terbabit atau memaklumkan kepada polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...